Tarikh : 12 - 13 April
Lokasi : Kelong Acheh, Mersing
Nilai Kopak : Seorang $100
Lokasi : Kelong Acheh, Mersing
Nilai Kopak : Seorang $100
Pada Pada pagi yang hening syahdu, pada tepat pukul 5.22am, Pari, Sardin bersama Gelama telah memulakan ekspidisi mereka ke Mersing, dengan harapan untuk membawa pulang ikan, sekali gus mempersonakan anggota keluarga, lantas terus dinobat sebagai fisherman secara rasmi. Maka, selepas mengisi minyak dan tukar mata wang, kami pun mulalah membelok ke kiri dan ke kanan, di antara ladang getah dan ladang kelapa sawit. Banyak juga yang diperbualkan. Banyak juga individu yang menjadi bahan untuk dikutuk. Oklah, biarlah saya berterus terang. Sardin rabak kena kutuk, sebab tak nak menjawab soalan cepu emas.
Belok punya belok, sampailah kami ke jeti Penyabung, yang mana kami akan menaiki feri ke Kelong Acheh. Rupanya cukup gah. Menawan. Mengasyikkan. Naik aja kelong, letak barang di bilik, terus tanpa hegeh-hegeh kulit, kami pun mula memancing, menggunakan umpan sotong dan umpan hidup. Tapi rasanya baru saja habis musim tengkujuh. Jadi anak-anak ikan datang punyalah banyak, macam pasir di pantai East Coast. Ribut!
Maka setiap 5 minit, lepas lempar, tengok umpan, tinggal mata kail. Haussss.... Arus dia pun boleh tahan kuat. Maklumlah, baru abis musim tengkujuh.
Maka kami pun makanlah dulu. Tengah makan tengah hari tu, Sardin cakap, "Sekali ada orang kena, semua stop makan, tengok ikan apa."
Betul-betul time itu Pari mendapat satu sentapan yang amat kuat. Dahsyat, wa cakap lu. Rod bengkok melentok liuk! Nampak dia punya lawan, punyalah seronok....
Dari hujung jeti, ikan tu lari ke sebelah kanan. Dah tu cuba nak lari ke tengah laut. Pari tetap lawan. Tak bagi chan! (Dah bayar apa...) Sekali tu dia masuk bawah kelong.... terus jam. Aduh! Sabar. Tapi sabar punya sabar, dan selepas Pari bertarung selama 27 minit, tetiba hakikatnya ialah, ikan telah berjaya melepaskan diri. Dammit!
Lepas tu, orang yang dah mengerumuni Pari, menepuk bahunya, lalu sambung makan. Pari menerima hakikat dengan hati yang tabah (walaupun dalam hatinya sumpah seranah).
Lepas adegan tu, ada banyak cerita! Tapi semuanya cerita sedih (Melayu kena tipu!!). Joran kami sedih dan sunyi sepi, macam padang golf waktu tengah malam. Tapi orang lain ada dapat tau! In all, yang lain-lain berjaya menaikkan 4 anak ikan yu, seekor ikan pari (saiz roda kereta Rush), 4 ekor barracuda (yang paling berat 6kg). Maka, dalam erti kata yang lain, kami tak ada rezeki. Apa nak buat.
Pelajaran hari itu:
Kita boleh plan, boleh rancang. Boleh mimpi, boleh angan-angan. Boleh tukar braided line pat semua reel, boleh beli rod baru Shimano 4 piece. Boleh keluar awal, boleh berdoa, boleh baca itu ini. Tapi rezeki di tangan-Nya. Hari ini tak ada rezeki. Jangan putus asa. Pengalamannya cukup bermakna. Akan terus berusaha... Maybe bulan Jun nak return.... Tapi Sedili pun ensem.... hehehehe..... got time, will fish!!
Dah sampai...
Nampak sangat satu-satu muka tak sabar...
Pemandangan yang cukup menggiurkan...
Rumah kami di tingkat dua...
Gua kena! Gua kena!
Betullah! Gua kena! Gua kena!
Alamak! Terlepas! Gua kena, beb! Nasib baik ada Sardin, pengubat luka lara...
Macam tak lengkap tak ada gambar tidur... (yang heran, balik-balik budak ni)...
Goreng pun sodap...
Bangun je terus try lagi! Jangan tak jadi...
Balik dengan tangan kosong, pengalaman di dada (nak sedapkan hati la tu...)
Tak dapat ikan, kita borong keropok ikan. Yang ni confirm, goreng pun sodap!!