Monday, December 10, 2007

9th Dec 2007

Feri berdum-dum dum-dum. Orang ramai yang berada dalam feri menuju ke Pulau Kusu semuanya tidak sabar nak sampai ke destinasi itu. Terbayang di kepala hotak dia orang tentang cuaca redup, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang membelai manja tubuh mereka. Tapi tu dia orang!

Kita?

Hmmph! Hampeh. Dengan semangat berkobar-kobar, kami berempat dah tercegat di Harbourfront pada pukul 8.30am. Naik tangga bergerak, turun tangga bergerak (atas nasihat Sardin), naik lagi, sekali semua tiket pergi Batam dan Tanjung Pinang. Ada satu pegawai (yang macam paham) dah suruh kita pergi Sentosa, beli tiket di Sentosa untuk ke Kusu. Maka kami berempat pun naik monorail untuk ke Sentosa untuk ke Kusu. Hampeh lagi. Kena pergi Marina Pier (ada ke Marina Pier? Kolotnya aku...).

Jadi, berbekalkan semangat pancing yang membara, dan epok-epok serta mee siam goreng masakan mummy Becok, dan juga berbekalkan air hujan yang banyaknya dapat mengisi 8 kolam renang, serta berbekalkan 8 bungkus pumpun sarung separuh nyawa, kami pun pergilah mengail di Sentosa (pulau juga aper..). Di Siloso, betul-betul belakang Rasa Sentosa.


1)Hari tu, hujan kerja syif. Tiap-tiap 45 minit, ia turun dengan riaknya.

2)Pelancong-pelancong pun kerja syif. Tiap-tiap 5 minit lepas hujan berhenti, mereka datang, dari Korea ke India, dari Taiwan ke Myanmar, dari saki-baki Zoukout pun ada, datang berpusu-pusu ke tempat kami mengail, untuk sesi bergambar, dengan payung, kain sari, kasut Beatle seluar yankee, dan segalanya. Ada panjat pokok, ada panjat batu, ada menyibuk mintak bantuan petikkan gambar. Namun syif mereka sebentar aja. Bila next syif hujan datang menghempuk badan Sardin, mereka hilang. Tergedik-gedik naik bas semula.

3) Firdaus pun kerja syif. Sebab langsung tak nampak muka, tak dengar berita. Orang sibuk, nak kata apa.


Cukuplah berceloteh. Berikut adalah beberapa gambar yang merasmikan kemasukan anggota-anggota baru Andika Anglers. Maaf, gambar agak kurang jumlahnya. Maklum saja, hari hujan, kamera nak beli baru mahal.







Suasana sepi. Tiba-tiba, gelama buat opening ceremony,

dengan 2-in-1 catch. Semua tengok dengan terpegunnya.










Kerapu pun tak nak kalah, dengan aksi seksi yang langsung tak seksi lagi memualkan.

Selepas adegan tu, semua try main lempar dekat-dekat. Kecoh juga suasana. At least somethinglah, adalah juga rasa gigit-gigit. Daripada jaws, berdiri belakang kotak hijau tahan sejuk, at least somethinglah kan...




Potret kedi tua :

Sardin sedang mencari spot baik, malangnya sampai balik tak jumpa-jumpa spot tu.




Setelah hampir 4 jam menanti, dan 2 kontenar mee siam dibaham, ahirnya Becok berjaya menaikkan kawannya, seekor ikan becok juga.





Pulangan hari itu. Jadilah, lepas lauk sehari.


Oh ya, terjumpa menatang ni pat satu website.

24 Nov 07, 07:17

fid: ouh... terjumpa blog baru.. AKU NAK NAMA KEMBONG... tapi takde joran.. tak tau ikat mata kail, moto tak pandai pakai dan geli umpan... boleh join tak?


Cakap tak guna, tembak tak kena....



Next in the pipeline... Kusu/St John's Island.... (ini kali betul-betul punya... i hope.)

Spurs menang Man City 2-1

.

3 comments:

Anonymous said...

Hi Andika...ni Azzahar from Rajawali & PST and team pancing Singapore Surf Anglerz....nice fishing blog there and a good starts from you all by catching good size mempinang and parrots.

Anyway, you might want to link with my team fishing blog: http://www.singaporefishing.blogspot.com

gelama said...

Alamak! Jumpa jugak blog ni? Hehehe. Alah, ikan kecik-kecik je, brader. Buat main-main. Nanti dah dapatkan semangat, try dapatkan yang kasar-kasar sikit. Baru cantik amik gambar. Ni balik-balik amik gambar, baju basah. Takper, nak jadi fisherman's friend, kena jadi rain man dulu.

Selamat mengail!

Anonymous said...

Gelama...bile next fishing trip eh.?dah gian lak...hahahaha..=) kite on kat mane-mane arh...amcm..?

rock out..-gerapu..!!