Tuesday, June 3, 2008

tempat larangan bahagian kedua

Kata orang tu, kalau dah janji, mesti buat. Baru orang respek, baru orang percaya. Maka, dengan mohor Rajalinggam, dan diperkenankan kedai umpan, minggu depannya kita return tempat yang mengancam itu. Bahkan bukan itu saja, Sardin dan Gelama bawa sekali Siakap dan Becuk. Kali ini, kita bermalam di sana, berbekalkan nasi lauk ayam bakar dan sambal sotong, juga mi hoon goreng putih, dan air mineral 4 botol, dan makanan extra cum mengampu kepada Brader Singh (guard), kita pun mengaillah pada malam 31 May tempoh hari.



Sebelum tu, punyalah semangat badak! Badak pun tak semangat macam ni. Becuk dah beli rod Abu Garcia 11 kaki ($50). Si Siakap suah pi beli reel Shimano Baitrunner 4500, siap pasang line braided. Gelama pula (yang kehilangan rod Abu Garcia 11 kaki) telah membeli rod Shimano Axis 5 piece berwarna kuning. Gila kan?



Sampai aja, air jalan surut. Mula-mula dapat yang biasa-biasa. Duri dan Busat menjadi teman bersuka ria. Sekali tu, selepas si Gelama mengaji satu huruf (khorrrrrr), dia dapat seekor pari bintang yang cukup hensem. Sebelum tu pula, si Siakap dah bawa naik sembilang. Dah nak masuk Subuh, Siakap dapat lagi satu pari yang serupa. Fulamak. Senang cakap, semuanya gembira dan berpuas hati. Lebih-lebih lagi Man-Of-The-Match Siakap dengan jumlah tangkapannya yang memberangsangkan.



Inilah gambar-gambar sebagai kenangan.
Next in the pipeline: Pulau Terong.
Yeah...



Kereta yang padat dengan alat-alat memancing, pemancing dan tak lupa aroma si pemancing yang teramatlah hancingnya...



"Bodoh punya Sardin. Membongkok aja, bukan nak susun. Aku jaguh malam tadi tau!"...



Kelihatan semuanya bergembira dengan tangkapan yang diizikan-Nya...






Pemancing dengan pari tangkapan sendiri. Yeah...




Jumlah keseluruhan. Jadilah, buat lauk...





Apa tengok? Kalau berani returnlah? Aku bilang bapa aku...



Set. Return mesti return punya.... After Terong, ok bebeh...

No comments: