Wednesday, January 28, 2009

Naik Bot di Perairan Singapura

Tarikh: 24 Januari 2009
Masa: 7am
Semangat : Badak Afrika

Kami dengan penuh semangatnya berjumpa di Changi untuk membeli alat-alat yang berkenan di mata pada saat-saat terakhir. Apabila semuanya sudah menjadi, kita pun naiklah bot.

Buka mulut aja tentang permainan jackpot, rod si Gelama melentuk dihenjut ikan. Umpan udang hidup.Naiklah Ongah Tanda yang boleh tahan hensemnya...

Lepas tu adalah naik tokak, sembilang, buntal, anak ikan yu...

Sekali, dalam pukul 5pm, tiba-tiba rod Gelama kena sentap. Ni sentap rabak punya. Menurut Gelama, "Sepanjang usia saya mengail, tak pernah saya rasa sentapan sebegini dahsyat". Semua dah bersorak. Semua berlonjak. Selepas bertarung selama 20 minit, ikan (rasanya pari) itu berjaya melarikan diri apabila keli-keli milik Gelama bengkok (Sila Lihat Gambar).. Tak apa. Lain kali ada. Tapi dia punya penat bergaduh selama 20 minit.. Buntal aja yang tahu, sebab dia pun tolong pegang sekejap rod Shimano tu...

Apapun, yang menggembirakan, semua yang hadir hari itu, dapat merasakan sentapan ikan. Maklum aja, ada trip yang berakhir dengan tangan kosong...

Lain kali:
1. Pilih tekong yang berpengalaman.
2. Elakkan middleman - tangan atas tangan - untuk mengurangkan kos dan rasa sakit hati.
3. Keluar rumah siang sikit, biarpun tinggal di Tampines.
4. 21 Februari - Amaciam? Berani?






Joran dah siap...


Semangat dah meluap-luap...


Sekali tu letak aja, rod disentap...



Ikan yu naik pun cungap-cungap...




Sekali besi dibengkok ikan, mana tak fed-up...





Antara ikan yang bakal disantap...





Yang penting, semua makin akrab.

No comments: