Friday, February 28, 2014

Andika Anglers Bernafas Baru

Salam sejahtera semuanya.

Setelah sekian lama kami tidak aktif dalam bidang memancing di alam siber, ingin dimaklumkan bahawa pada tahun 2014 ini, pihak admin telah insaf dan ingin menjadi aktif kembali!

Yeahhh...


Bukan itu saja, kami juga telah mengadakan AGM yang bertempat di Hyatt Regency Hotel (ruang tandas) dan telah mengenal pasti beberapa perkara yang akan kami lakukan.

1. Kami akan ada 1 aktiviti memancing beramai-ramai setiap bulan (kecuali Ramada dan Syawal.. jiga termampu).

2. Aktiviti memancing yang berasingan boleh dijalankan mengikut masa lapang masing-masing.

3. Setiap anggota perlu mendaftar nama ikan masing-masing.

4. T-shirt Andika Anglers sedang dalam perancangan dan akan disiapkan sebelum Ramadan 2014.

5. Setiap satu/dua bulan, salah seorang anggota akan dijadikan 'Pemancing Bulan Ini' yang mana admin (kira aku la tu) akan ke rumah beliau untuk menemu ramah dan memetik gambar-gambar yang menarik lagi mengancam.

Harap maklum.

Jadual yang telah ditetapkan pihak senat adalah seperti berikut:


Januari - Memancing di kelong
Februari - Memancing di kelong
Mac - Ekspidisi Southern Island (20 Mac)
April -
Mei - Ekspidisi Sedili 17/18 Mei*
Jun -
Julai -
Ogos -
September -
Oktober -
November -
Disember -


Laporan mengenai aktiviti serta senarai keanggotaan akan dikemukakan pada 'entry' yang berikutnya.


Salam Shimano
Gelama





No comments: