Wednesday, December 12, 2007

1 January 2008

Akhirnya! Hahaha!


Tanggal 1 Januari menjadi saksi
Empat saudara di hening pagi
Ada yang tak sempat gosok gigi
Ada yang baju tak sempat ganti
Ada yang bangun pukul 5 pagi
Hanya untuk nak tolong masakkan masak mi
Di kolong blok semua menanti
Dengan semangat berapi-api
Dengan reel baru yang stiker harga belum kopek lagi
Semua mula melangkah kaki
Tangan kanan ada rod 8 kaki
Pumpun sarung di tangan kiri
Kocek pula tebal dengan kad nak main Taiti
Semua segar bugar menjadi-jadi
Semua sevisi
Semua sedestinasi
Semua tak sabar nak pergi....
Kusu!!!


Ini dia empat saudara yang nak step nelayan. Yang hujung sebelah kanan tu,bagi yang mengandung atau lemah semangat, jangan tengok lama-lama. boleh memudaratkan kesihatan.

Kita pun bertolak, dan pergi ke sana. Sampai aja, pasang itu ini, sap! Terus lempar. Sekali tu, kita dapat berita terkini:

"Bagi mereka yang cakap Singapura tak ada tanah, memang betul. Kurang tanah. Kalau mereka cakap kita kurang air, memang betul, kita kurang air. Tapi kalau mereka cakap kita kurang batu, jangan percaya! Itu tipu! Pat Kusu ada baaaaaanyak batu!"

Lempar depan, batu. Lempar tepi batu. Apa taknya, diri pun atas batu. Satu-satu pulak kepala batu. Maka kita try punya try, dapatlah pasir-pasir, becok sikit. Sekali recci punya recci, jumpa satu titi. Kita pun pancing di situ. Boleh tahan. Apek yang regular di situ cakap sana memang best! Dia pun dapat seekor pinang saiz satu setengah tapak tangan. Oklah jugak! Malangnya, air nak jalan surut. Dan di sana, air surut ada kurang hensem sikit. Maka adalah adegan ikat matakail, tangkap rumpai laut, tangkap batu coral, tankap hensem, tumbuk rusuk Sardin, makan mi goreng dan epok-epok, halau biawak, dan beberapa aktiviti lain yang tak ada kena-mengena dengan memancing.


Titi yang kami jumpa. Kesian titi tu. Sepi tak ada orang layan. Kami pun layanlah titi tu. Kelihatan Becok sedang melayan titi yang terumbang-ambing dialun ombak jetski. Di latarnya merupakan batu-batu yang begitu banyak di situ. Nampak sangat air surut!






Ini dia Pari yang sedang melakukan aktiviti air surut. Dia kecik-kecik bercita-cita nak jadi askar, tapi dah besar jadi kaki gaduh api (firefighter). Maka, bila tidur, dia selalu berangan pegangM-16.




Tapi, bila tiba air pasang, dan dalam kelam-kabut nak balik naik last feri, tiba-tiba dia datang. Jadi, jumlahnya adalah ... dalam 23 ekor. Ok lah, lepas buat lauk. Cuma yang geramnya, tengah sedap-sedap naik yang 'kasar sikit', feri datang. Maka, kuranglah gambar-gambarnya pada detik-detik terakhir.






Mendengar bunyi loceng Becok dan Gelama, Pari tiba-tiba bangun, lalu memasang umpan dalam masa rekod bagi sukan Asia acara memasang umpan - 59:03 saat. Tahniah buat Pari.





Sebahagian mangsa kami. Jadilah, buat lauk.





Album pertama kami - Tragedi Bapok Laut. Pari bermain dram, Becuk bermain dram juga. Semua main dram, sebab tu album tak laku. Oh ya. Sardin tak main dram. Sardin main marakas. Album ini ditaja oleh Sardin Red Bull Minum Seorang Kedekut Alam.


Seperti biasa, Becuk akan sentiasa memerangkap member spesisnya.




Kenangan:

1. Rod baru Sardin yang patah di bahagian hujung.

2. Rod baru Gelama yang patah dua akibat terlalu ghairah nak "lempar jauh, lempar jauh".

3. Rusuk kiri dan kanan Sardin yang dihempuk kurang lebih 14 kali.

4. Rod baru Becuk yang saban kali digegar bunyi loceng.

5. Rod Pari yang bila orang nak balik, baru sibuk nak jerat ikan.


Lokasi mendapat gred 7.8/10




Kesimpulannya:

Lain kali nak return lagi..... Hahaha. Yang tak sempat ikut tu, join suah!


Monday, December 10, 2007

9th Dec 2007

Feri berdum-dum dum-dum. Orang ramai yang berada dalam feri menuju ke Pulau Kusu semuanya tidak sabar nak sampai ke destinasi itu. Terbayang di kepala hotak dia orang tentang cuaca redup, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang membelai manja tubuh mereka. Tapi tu dia orang!

Kita?

Hmmph! Hampeh. Dengan semangat berkobar-kobar, kami berempat dah tercegat di Harbourfront pada pukul 8.30am. Naik tangga bergerak, turun tangga bergerak (atas nasihat Sardin), naik lagi, sekali semua tiket pergi Batam dan Tanjung Pinang. Ada satu pegawai (yang macam paham) dah suruh kita pergi Sentosa, beli tiket di Sentosa untuk ke Kusu. Maka kami berempat pun naik monorail untuk ke Sentosa untuk ke Kusu. Hampeh lagi. Kena pergi Marina Pier (ada ke Marina Pier? Kolotnya aku...).

Jadi, berbekalkan semangat pancing yang membara, dan epok-epok serta mee siam goreng masakan mummy Becok, dan juga berbekalkan air hujan yang banyaknya dapat mengisi 8 kolam renang, serta berbekalkan 8 bungkus pumpun sarung separuh nyawa, kami pun pergilah mengail di Sentosa (pulau juga aper..). Di Siloso, betul-betul belakang Rasa Sentosa.


1)Hari tu, hujan kerja syif. Tiap-tiap 45 minit, ia turun dengan riaknya.

2)Pelancong-pelancong pun kerja syif. Tiap-tiap 5 minit lepas hujan berhenti, mereka datang, dari Korea ke India, dari Taiwan ke Myanmar, dari saki-baki Zoukout pun ada, datang berpusu-pusu ke tempat kami mengail, untuk sesi bergambar, dengan payung, kain sari, kasut Beatle seluar yankee, dan segalanya. Ada panjat pokok, ada panjat batu, ada menyibuk mintak bantuan petikkan gambar. Namun syif mereka sebentar aja. Bila next syif hujan datang menghempuk badan Sardin, mereka hilang. Tergedik-gedik naik bas semula.

3) Firdaus pun kerja syif. Sebab langsung tak nampak muka, tak dengar berita. Orang sibuk, nak kata apa.


Cukuplah berceloteh. Berikut adalah beberapa gambar yang merasmikan kemasukan anggota-anggota baru Andika Anglers. Maaf, gambar agak kurang jumlahnya. Maklum saja, hari hujan, kamera nak beli baru mahal.







Suasana sepi. Tiba-tiba, gelama buat opening ceremony,

dengan 2-in-1 catch. Semua tengok dengan terpegunnya.










Kerapu pun tak nak kalah, dengan aksi seksi yang langsung tak seksi lagi memualkan.

Selepas adegan tu, semua try main lempar dekat-dekat. Kecoh juga suasana. At least somethinglah, adalah juga rasa gigit-gigit. Daripada jaws, berdiri belakang kotak hijau tahan sejuk, at least somethinglah kan...




Potret kedi tua :

Sardin sedang mencari spot baik, malangnya sampai balik tak jumpa-jumpa spot tu.




Setelah hampir 4 jam menanti, dan 2 kontenar mee siam dibaham, ahirnya Becok berjaya menaikkan kawannya, seekor ikan becok juga.





Pulangan hari itu. Jadilah, lepas lauk sehari.


Oh ya, terjumpa menatang ni pat satu website.

24 Nov 07, 07:17

fid: ouh... terjumpa blog baru.. AKU NAK NAMA KEMBONG... tapi takde joran.. tak tau ikat mata kail, moto tak pandai pakai dan geli umpan... boleh join tak?


Cakap tak guna, tembak tak kena....



Next in the pipeline... Kusu/St John's Island.... (ini kali betul-betul punya... i hope.)

Spurs menang Man City 2-1

.