Tuesday, December 30, 2008

kua kua kua


Punyalah lama tak update! Ish ish ish... Bukan apa. Bukan tak pergi mancing. Pergi, tapi pergi kekadang seorang, kekadang berdua, kekadang bertiga. Pergi pula malam balik subuh, nak ambil gambar pun dah malas-malas.

Namun, dalam ketidaksihatan Gelama tempoh hari, dia telah melanggar etika Kementerian Kesihatan, dan telah pergi ke Pasir Ris Farmway 1. Nak lepaskan gian. Dua jam pun jadi. Dapatannya oklah. Cukuplah buat lauk. Daripada tak ada. Ni nak kongsi-kongsi, ok?



Yang betul ada 6 ekor. Dua dah masak n dah masuk perut. Selebar New Paper tu! Lawan dia? Mmm, dap!

Rancangan seterusnya: Menyambut Tahun Baru Melawan Ikan. Nantikanlah...

Tuesday, July 8, 2008

Pasir Ris Farmway 3

Bukan selalu nak pancing pat pond. Tak berapa minat pun. Mana time orang dia lepaskan ikan, berpusu-pusu pat satu tempat, lepas tu semua lempar pat tempat tu juga, lepas tu crossline, lepas tu three.

TAPI!!!

Lepas adegan Pulau Terong, rasanya puas hati bayar nilai wang yang sama tapi pancing di pond. Dan memang puas hati pun. Ada seorang tu, dalam masa 4 jam, dapat 23 ekor. Tak bohong!

Yang lagi satu, dapat 5 ekor : tiga siakap dan dua kerapu BESAR.

Kita? Agaknya baru nak berjinak-jinak dengan kawasan tu, jadi lubuk dia kita tak pasti lagi. Tapi dapatlah jugak. Yang pergi, Siakap, Becok dan Gelama. Nilah dia memori yang terakam di lensa kamera.

PS
Tak sabar nak tengok Bilis in action. Next stop? Ada dua.

1) 30hb Ogos (Pertandingan Memancing SPANS di Pasir Ris Pond)
2) 31hb Ogos (Pertandingan Memancing Andikaanglers di St John)

Join suah!


Ini spesis ikan mahu jaga...



Dia punya gaduh... yeah...




Siakap dengan hasil tangkapannya...





Jadilah, buat lauk...

Wednesday, July 2, 2008

LELONG MULTIPLIER

Anda nak beli multiplier (drum)?
Gelama nak jual! Ada dua! Dua-duanya baru! Satu Shimano Cardiff 300, lagi satu yang biasa-biasanya punya. Dua-dua ada guide untuk tangsi. Kalau nak, cepatlah tinggalkan komen. Yang dahulu didahulukan. Highest offer secure. Nak check harga pasaran, check pat tenet. ni dia kedua-duanya!!!


Siap ada guide untuk tangsi...



Jenama Benax - tak pernah digunakan!





Pun ada guide untuk tangsi....



Shimano Cardiff 300 - Brand new lagi mengancam
Bukan apa, duit nak beli rod baru. Hehehe...

Syarat-syarat ke Pulau Terong

Ok. Senang pe cakap, aku takmo berbual pasal pancing pat Terong, sebab itu tak penting. Aku nak berbual tentang syarat-syarat dia dulu.
Untuk ke Pulau Terong, anda perlu bawa :

1. Rod (sebatang dah cukup)
2. Reel (satu pun ok)
3. Helmet
4. Tapis telinga
5. Duit lapan guni
6. Pelincir

1. Rod
Kalau boleh bawa yang pendek, sebab kita akan mancing di boat sahaja. Bawa 13 kaki akan menjadi bahan lawak antarabangsa. Kalau biasa pakai ambor, lagi best. Beg pun ringan, kuranglah beban.

2. Reel
Kalau tak bawa ambor, bawa reel, maximum 4000 series. Dah cukup. Takdenya naik kertang atau pari sebesar tayar traktor.

3. Helmet
Helmet paling penting. Sebabnya? Kita orang Singapura. Bapa kita ada mesin fotostat duit. Mak kita ada gelang tangan pakai sampai tumit kaki. Abang kita ada share dengan Singtel. Kakak kita buka butik Chanel. Kakak dia? Kakak dia pe laki...

Helmet penting. Tak perlu Shoei atau Arai. Helmet kuning kontraktor pun tak apa. Yang penting ada helmet. Supaya apabila diketuk tuan rumah, tak terasa jotosnya, tak menimbul bonjolnya. Maklumlah, duit minyak pada hari nak balik ke tanah air aja dah sampai SGD$200. Boleh beli minyak 100 liter ulang alik Singapura-Perak ikut highway PLUS. Tapi tak boleh buruk sangka. Agaknya dorang memang betul nak ajak kita pi mancing..... pat bulan.

Helmet juga penting jadi kita boleh standby tukul besi yang datang apabila (sebagai tetamu) kita kena keluar duit dapur makan petang, makan malam dan sarapan pagi. Rp200,000. Kalau aku beli bakso pat pelabuhan, boleh dapat 32 mangkuk. Makan sampai kembung. Takpe. Mak bapa aku kaya. Mak bapa dia gila.

4. Tapis Telinga
Ini optional. Sebab kalau rela dengar mulut lucah dan celupar wanita berusia yang bertudung, tapis tak payah bawa. Tapi kalau boleh zinger burger dengar mak cik tu berpot pet-pot pet, siap dengan lawak yang tak kelakar bahkan kurang ajar, bawalah tapis telinga. Tapis ni boleh mengubah kekata bodoh tu menjadi marhaban. Boleh didapati di Mustafa Centre selagi stok masih ada.

5. Duit berguni-guni

Rujuk pada butiran 3 tentang helmet.

6. Pelincir
Dah terlanjur bagi duit, bagi itu bagi ini, pelincir kena bawa untuk standby. Mana tahu dah dapat itu ini, dia orang nak bontot kita pula. Jadi senang. Ambillah. Ambil. Lagi? Nak apa lagi?

Rumusannya
Sebenarnya tempat tu ada potensi. Sebenarnya macam nak pergi lagi. Tapi disebabkan SATU individu, maka Pulau Terong, thanks but no thanks. Puas hati aku pergi Pasir Ris Farmway 3, bayar $50, ada chan dapat ikan best2. Farmway.... Not a bad idea...



Tak sabar nak pi mengail...





Kawasan belakang rumah. Ada potensi...




Main tengah laut...






Pengubat duka lara...



Life is like photography,
You need negatives to develop...

Tuesday, June 3, 2008

tempat larangan bahagian kedua

Kata orang tu, kalau dah janji, mesti buat. Baru orang respek, baru orang percaya. Maka, dengan mohor Rajalinggam, dan diperkenankan kedai umpan, minggu depannya kita return tempat yang mengancam itu. Bahkan bukan itu saja, Sardin dan Gelama bawa sekali Siakap dan Becuk. Kali ini, kita bermalam di sana, berbekalkan nasi lauk ayam bakar dan sambal sotong, juga mi hoon goreng putih, dan air mineral 4 botol, dan makanan extra cum mengampu kepada Brader Singh (guard), kita pun mengaillah pada malam 31 May tempoh hari.



Sebelum tu, punyalah semangat badak! Badak pun tak semangat macam ni. Becuk dah beli rod Abu Garcia 11 kaki ($50). Si Siakap suah pi beli reel Shimano Baitrunner 4500, siap pasang line braided. Gelama pula (yang kehilangan rod Abu Garcia 11 kaki) telah membeli rod Shimano Axis 5 piece berwarna kuning. Gila kan?



Sampai aja, air jalan surut. Mula-mula dapat yang biasa-biasa. Duri dan Busat menjadi teman bersuka ria. Sekali tu, selepas si Gelama mengaji satu huruf (khorrrrrr), dia dapat seekor pari bintang yang cukup hensem. Sebelum tu pula, si Siakap dah bawa naik sembilang. Dah nak masuk Subuh, Siakap dapat lagi satu pari yang serupa. Fulamak. Senang cakap, semuanya gembira dan berpuas hati. Lebih-lebih lagi Man-Of-The-Match Siakap dengan jumlah tangkapannya yang memberangsangkan.



Inilah gambar-gambar sebagai kenangan.
Next in the pipeline: Pulau Terong.
Yeah...



Kereta yang padat dengan alat-alat memancing, pemancing dan tak lupa aroma si pemancing yang teramatlah hancingnya...



"Bodoh punya Sardin. Membongkok aja, bukan nak susun. Aku jaguh malam tadi tau!"...



Kelihatan semuanya bergembira dengan tangkapan yang diizikan-Nya...






Pemancing dengan pari tangkapan sendiri. Yeah...




Jumlah keseluruhan. Jadilah, buat lauk...





Apa tengok? Kalau berani returnlah? Aku bilang bapa aku...



Set. Return mesti return punya.... After Terong, ok bebeh...

Monday, June 2, 2008

tempat larangan bahagian pertama

Gelama dah tak boleh tahan. Tiap-tiap hari, gelama dengan uniform birunya berdiri tercegat mengawal keamanan negara. Tugasnya selama 18 hari. Setiap hari mengadap laut. Sekali tu, ada 2 hari off day, Gelama dan Sardin telah memasuki kawasan larangan untuk mencari lauk.



Alah, sekejap aja. Start pagi, petang balik (sebab malam kerja section II - kemaruk kan?). Bukan apa, nak cuba tempat baru. Nak tengok OK ke tak. Suasana cukup panas. Dia punya bahang - bayangkan umpan udang idup masak dalam air laut. Tak tipu! Pergi tanya Sardin. Sekali tu, setelah dapat 2 ekor ikan tembakul, kita pun beralih. Sekali tu.... zasssss! Rod kecik menampakkan satu henjutan yang mengancam. Maklumlah, rod kecik, mata Mustad saiz 8..... ikan pasir-pasir pun nampak fierce. Sekali yang naik, anak pari... Wow!!!


Ini tempat mau kena return....



Sekali, sebelum balik, Sardin punya rod pulak.... Weeeet! Alamak, anak pari juga! Tersengih kerang sumbing si Sardin, sebab inilah kali pertama dia dapat pari. Kua kua kua.




Confirm ini tempat mesti kena return....









Ini dia yang henjut rod Gelama










Dia pun sibuk nak juga




See you soon, bebeh...














Tuesday, April 15, 2008

Kelong Acheh - The One That Got Away (speakinglah pulak....)

Tarikh : 12 - 13 April
Lokasi : Kelong Acheh, Mersing
Nilai Kopak : Seorang $100


Pada Pada pagi yang hening syahdu, pada tepat pukul 5.22am, Pari, Sardin bersama Gelama telah memulakan ekspidisi mereka ke Mersing, dengan harapan untuk membawa pulang ikan, sekali gus mempersonakan anggota keluarga, lantas terus dinobat sebagai fisherman secara rasmi. Maka, selepas mengisi minyak dan tukar mata wang, kami pun mulalah membelok ke kiri dan ke kanan, di antara ladang getah dan ladang kelapa sawit. Banyak juga yang diperbualkan. Banyak juga individu yang menjadi bahan untuk dikutuk. Oklah, biarlah saya berterus terang. Sardin rabak kena kutuk, sebab tak nak menjawab soalan cepu emas.

Belok punya belok, sampailah kami ke jeti Penyabung, yang mana kami akan menaiki feri ke Kelong Acheh. Rupanya cukup gah. Menawan. Mengasyikkan. Naik aja kelong, letak barang di bilik, terus tanpa hegeh-hegeh kulit, kami pun mula memancing, menggunakan umpan sotong dan umpan hidup. Tapi rasanya baru saja habis musim tengkujuh. Jadi anak-anak ikan datang punyalah banyak, macam pasir di pantai East Coast. Ribut!

Maka setiap 5 minit, lepas lempar, tengok umpan, tinggal mata kail. Haussss.... Arus dia pun boleh tahan kuat. Maklumlah, baru abis musim tengkujuh.

Maka kami pun makanlah dulu. Tengah makan tengah hari tu, Sardin cakap, "Sekali ada orang kena, semua stop makan, tengok ikan apa."
Betul-betul time itu Pari mendapat satu sentapan yang amat kuat. Dahsyat, wa cakap lu. Rod bengkok melentok liuk! Nampak dia punya lawan, punyalah seronok....

Dari hujung jeti, ikan tu lari ke sebelah kanan. Dah tu cuba nak lari ke tengah laut. Pari tetap lawan. Tak bagi chan! (Dah bayar apa...) Sekali tu dia masuk bawah kelong.... terus jam. Aduh! Sabar. Tapi sabar punya sabar, dan selepas Pari bertarung selama 27 minit, tetiba hakikatnya ialah, ikan telah berjaya melepaskan diri. Dammit!

Lepas tu, orang yang dah mengerumuni Pari, menepuk bahunya, lalu sambung makan. Pari menerima hakikat dengan hati yang tabah (walaupun dalam hatinya sumpah seranah).

Lepas adegan tu, ada banyak cerita! Tapi semuanya cerita sedih (Melayu kena tipu!!). Joran kami sedih dan sunyi sepi, macam padang golf waktu tengah malam. Tapi orang lain ada dapat tau! In all, yang lain-lain berjaya menaikkan 4 anak ikan yu, seekor ikan pari (saiz roda kereta Rush), 4 ekor barracuda (yang paling berat 6kg). Maka, dalam erti kata yang lain, kami tak ada rezeki. Apa nak buat.

Pelajaran hari itu:
Kita boleh plan, boleh rancang. Boleh mimpi, boleh angan-angan. Boleh tukar braided line pat semua reel, boleh beli rod baru Shimano 4 piece. Boleh keluar awal, boleh berdoa, boleh baca itu ini. Tapi rezeki di tangan-Nya. Hari ini tak ada rezeki. Jangan putus asa. Pengalamannya cukup bermakna. Akan terus berusaha... Maybe bulan Jun nak return.... Tapi Sedili pun ensem.... hehehehe..... got time, will fish!!





Dah sampai...



Nampak sangat satu-satu muka tak sabar...



Pemandangan yang cukup menggiurkan...



Rumah kami di tingkat dua...



Gua kena! Gua kena!




Betullah! Gua kena! Gua kena!





Alamak! Terlepas! Gua kena, beb! Nasib baik ada Sardin, pengubat luka lara...






Macam tak lengkap tak ada gambar tidur... (yang heran, balik-balik budak ni)...






Goreng pun sodap...





Bangun je terus try lagi! Jangan tak jadi...



Balik dengan tangan kosong, pengalaman di dada (nak sedapkan hati la tu...)





Tak dapat ikan, kita borong keropok ikan. Yang ni confirm, goreng pun sodap!!

Thursday, April 10, 2008

Siakap pekak, Pari gempak, Gelama lonjak, Sardin hati bengkak

Al-kisah... (toiyib)
Tersebut al-kisah... (toiyib)
Tersebut al-kisah 4 ekor ikan
Minat sama, cerita berasingan
Terimalah dalam dendangan
Kisah satu pencarian
"ikan, mana kau ikan"


Siakap pekak badak gedemak

Tempoh hari, siakap dan gelama, berserta keluarga masing-masing telah pergi ke Pulau Kusu untuk mencari bahan membuat lauk pada hari itu. Yang gereknya, tempat itu agak menyeronokkan (cuma kalau datang siang sikit, pasti lebih mengancam, kan siakap?)

Seperti biasa, kami berdua dapatlah spesis ikan (pinang n becok) saiz telapak tangan. Kemudian, pada jam 3.35pm, tiba-tiba joran gelama dihenjut dengan kuatnya. Sebentar kemudian, naiklah seekor becok berukuran 22cm. Lepas tu, si siakap pun tak nak kalah. Dia pun dapat juga.

Tapi yang menggeramkan, ambor yang digunakan siakap telah berjaya mendapat pari kolop. Apabila menggulung ambor, Siakap sedar yang ada sesuatu yang amat berat yang melekat di mata kailnya. Dia pun menarik dengan gembiranya. Semakin dekat di permukaan air, Siakap nampak kilauan yang semakin dekat. Rupa-rupanya Siakap dapat pari kolop. Syabas!

Untuk pengetahuan semua, pari kolop merupakan apa saja benda besar (bukan spesis ikan) yang berjaya dibawa naik. Ia boleh jadi tong sampah, kasut, tin biskut dan sebagainya. Kali ini, Siakap telah berjaya membawa naik sebuah bangku bulat (bukan kerusi) seperti mana yang anda duduk di kedai kopi 'ol skool, siap dengan batu karang di kaki bangku tersebut. Tahniah dan syabas sekali lagi.

Menggeramkan lagi, adalah apabila gambar Siakap yang menjulang pari kolop itu belum diberi kepada Gelama sehingga hari ini.



"Syyy, korang jgn bilang Gelama tau, aku nak simpan gamabr pat Kusu nanti..

nak buat latuk!" bisik Siakap dengan dengkinya.




Pari gempak


10 April, 2.30am


Pari, Gelama dan Sardin entah apa punya gila, bersetuju untuk pergi memancing selama 4 jam. Nampak sangat kemarok. Apa pun, pada pukul 2.30am, tipa-tiba joran Pari dihenjut dengan brutalnya. Dengan gaya ala Kassim Selamat berlari emngelak kereta api, Pari berlari menuju ke jorannya. Pergaduhan yang dahsyat pun berlaku, sehingga seekor kucing telah tidur di situ juga kerana terlalu ngantuk. Pari pun dapat seekor ikan duri sebesar 32cm kepala ke ekor. Gempak la si Pari. Apa taknya, dengan alunan lagu dangdut telefon bimbitnya, Pari yang sebelum ini begitu relaks dalam ekspidisi memancing, akhirnya mendapat habuan yang sememangnya layak diterima. Syabas.



Gelama lonjak


10 April, 3.10am. Tiba-tiba, Shimano Baitrunner Gelama berbunyi. Zzzzzzzzzzzzztttttttttt! Tengok rod pulak, membengkok dengan bingitnya. Rod baru 13 kaki berwarna jingga yang sebelum ini diam membisu, mendapat tarikan pertama yang kuat. Gelama pun apa lagi, gaduh punya gaduh, akhirnya berjaya menaikkan abang kepada ikan duri milik Pari, yang berukuran 2 sudu meja + lebih sikit. Jadilah, buat lauk asam pedas buat ayahanda tercinta...



Sardin hati bengkak


10 April 2008, 3.20am. Rod bari Shimano 4pc dan reel baru Shimano Baitrunner 4050 siap dengan braided line berkley yang baru masih menyepi. Biasalah, benda bau kedai lagi. Relaxlah. Tiba-tiba, rodnya bergerak. Mengenjut tanpa henti. Sardin pun lari ke arah jorannya. Dia cuba nak hayun, rupanya rodnya yang macam siput gila buat headbanging telah crossline dengan Pari. Buat saspens aja. Sekali naik, dapat jugak!! Seekor busat saiz telapak tangan. Jadilah. Namun, nampak dada sardin makin membesar. Rupanya hatinya bengkak. Hahaha! Takpe, Mersing ada... lagi dua hari aja....








tali .... main tarik tali....

Monday, February 25, 2008

Cerita hampa, cerita gembira, cerita sedih


Lama tak pergi mancing. Tap tup, kita dapat satu ahli baru. Nama dia Siakap, sebab jenis ikan tu je yang selalu dia kejar, dan dapat! Dahsyat budak ni. Biarpun dia ni jenis ikan import (hahaha), tapi dia boleh pakai punya kaki. Tapi dia selalu sibuk bekerja. Maklumlah, ada anak-anak siakap yang perlu dibela... eh, dijaga. Hehe. Ok, selamat datang wahai Siakap. Bila free, picit je Ok? Kita akan sekaki dengan membawa spray anti-agas sebagai bekalan hidup.



Kisah seterusnya.


Cerita Hampa

Pada tarikh 24 Feb, selepas Pari selesai kerja Canadian Pizza. Pari, Gelama dan Sardin telah bersepakat untuk pergi ke tempat yang dari dulu kami nak pergi - di antara CP6 dan CP7. Becok tak dapat ikut kerana terlalu sibuk membawa kerabatnya tengok Air Show. Maka kami sampai ke destanasi itu dengan penuh semangat. Sampai lalu depan couple atas tikar pun si Gelama tak perasan. Dengan cepat semua pasang joran, dan lempar sejauh mungkin.


Masa berlalu. Mata kail kecil Yamamoto saiz 9 senyap. Mata kail besar Mustad saiz 2 sepi. Yang naik love boat (lumut). Kalau dikumpul, Popeye pun kenyang. Pari dah tersenggok-senggok, lalu pergi ke satu sudut untuk mengaji satu huruf (khooooorrrr....).

Gelama pula ambil keputusan untuk pergi menjala di longkang-longkang berdekatan. Naiklah belanak sikit. Namun, pukul 4.40am, kedinginan pagi dan belalai nyamuk telah menggesa Pari dan Sardin untuk mengSMS Gelama untuk beralih tempat. Maka kami pun simpan barang-barang, dan pergi ke destinasi kami yang kedua. 5am, kami beredar. Rumusannya, cerita hampa melanda...

Cerita gembira

Pada pukul 6am, kami sampai ke destinasi yang kedua. Air baru nak jalan naik. Tempat macam OK - hensem dan menawan. Kami pun lempar... Sekali rod Daiwa (ol skool and trusted friend) milik Gelama macam nak gila kena henjut. Kelam kabut dia ke sana sambil mengelak batu-batu yang banyak. Lepas dalam 3 minit main tarik-tarik, tiba-tiba sangkut!


Aduh mak! Macam nak putus urat kentut. Tak apa. Tak nak lepaskan. Jadi Gelama hulurkan tali dalam 2,3 ela. Tak sampai 30 saat, ikan tu bawa lari lagi. Gaduh lagi! Makin lama makin dekat, sekali naiklah seekor ikan duri yang cukup OK. Kira inilah ikan besar yang pertama sejak ditubuhkan AndikaAnglerz. Tapi, masjid punya berbual, duri di situ tak macam duri di Changi. Duri di Changi, dia tarik, dia henjut, lepas beberapa detik dia lemah, bersedia menghadapi kenyataan akan dimasak asam pedas. Tapi di sini jenis duri yang ikut cerita wayang '300'. Mati-mati tak nak mati. Dia punya lawan punyalah sedap. Sampai depan mata pun dia tak nak mengaku kalah. Bila ditimbang di rumah, beratnya 1.0kg. Yeah!


Lat berapa minit, naik pula adik sedara dia si Kang Blue. Pun fight maut juga! Cuma yang ni dalam 850g. Puas hati anak makcik belah kakak sedara dia. Tapi yang geram, oleh kerana banyak umpan digunakan di Changi, dalam pukul 10am aja umpan dah habis. Tak apa, tempat ni ada potensi. Insya Allah ke sini lagi.


Cerita Sedih

Bila nak balik, tengok kereta dah macam lori pasir ulang-alik Lor Halus. Luar kotor, dalam pun boleh tahan. Thanks eh Sardin. Tapi yang sedihnya, Shimano baru 13 kaki masih belum berjaya menunjukkan belangnya. Tak apa. Fishing is a waiting game, and waiting is something I can do. Tak ada hal. Lain kali cuba lagi. Berikut merupakan beberapa gambar yang terpateri di hati.



Ini bukan di lokasi, tapi gambar kenangan satu trip memancing yang tak
dihebohkan di Jalan Bahtera. Rumusannya - jangan pergi lagi. Hehehe.



Ini pula satu trip last minute dengan Siakap - anggota baru. Misi nak cari siakap.

Yang jumpa budak ni. Gelama dapat siakap.

Ni pula ikan yang kami dapat pada ekspidisi di lokasi kedua. Ada orang panggil mentimun. Ada pula panggil ikan lembu. Aku panggil dia ikan skuter - dia selalu dalam keadaan main stand!




Jumlah tangkapan hari tu. Jadilah, buat lauk...


Duri sekilo yang membawa sejuta keceriaan untuk Gelama.

Mana nak dapat ikan! Tapak Sulaiman dah baham. Tiga-tiga pula tu!
Nampak sangat Sardin ingat dia star - padahal star karat! kua kua kua

Friday, January 25, 2008

Kerja Gila Season 1

Amaran daripada Kementerian Pembangunan Belia dan Sukan. Kerja ni jangan buat. Ni semua gara-gara beli joran baru (Shimano 13 kaki - $290), dengan reel baru (Shimano Baitrunner 4500 - $145), kemarok memancing dah sampai tahap melampau.

Cuba fikir betul-betul. Minggu bekerja. Pergi mancing hari Rabu malam, Khamis 4am balik, 6 am keluar pergi kerja. Gila kan? Nelayan Kelantan pun tak buat macam tu. Tapi, nelayan Singapore (yang nak step nelayan) buat! Bukan sekali, tapi dua kali! Kenapa? Nak cuba try test kejar duri pakai rod baru.

Gila punya gelama. Pari dengan Becok pun terbabit.

Dugaan-Nya, 1st trip dan 2nd trip duri menghilangkan diri. Naik pinang dan sembilang aja.

Tak apa, bagus juga. Kemarok pun reda. Apa dia kak? Gambar? Sori, terlalu kemarok, sampai gambar pun tak petik. Tapi tak apa. Next entry, kita nak ambil gambar khazanah barangan pancing setiap spesies dalam kumpulan ni, agar terserlahlah kekemarokan masing-masing.

Sekian, salam Shimano daripada kami.



PS
April, Mersing.....