Lama tak pergi mancing. Tap tup, kita dapat satu ahli baru. Nama dia Siakap, sebab jenis ikan tu je yang selalu dia kejar, dan dapat! Dahsyat budak ni. Biarpun dia ni jenis ikan import (hahaha), tapi dia boleh pakai punya kaki. Tapi dia selalu sibuk bekerja. Maklumlah, ada anak-anak siakap yang perlu dibela... eh, dijaga. Hehe. Ok, selamat datang wahai Siakap. Bila free, picit je Ok? Kita akan sekaki dengan membawa spray anti-agas sebagai bekalan hidup.
Kisah seterusnya.
Cerita Hampa
Pada tarikh 24 Feb, selepas Pari selesai kerja Canadian Pizza. Pari, Gelama dan Sardin telah bersepakat untuk pergi ke tempat yang dari dulu kami nak pergi - di antara CP6 dan CP7. Becok tak dapat ikut kerana terlalu sibuk membawa kerabatnya tengok Air Show. Maka kami sampai ke destanasi itu dengan penuh semangat. Sampai lalu depan couple atas tikar pun si Gelama tak perasan. Dengan cepat semua pasang joran, dan lempar sejauh mungkin.
Masa berlalu. Mata kail kecil Yamamoto saiz 9 senyap. Mata kail besar Mustad saiz 2 sepi. Yang naik love boat (lumut). Kalau dikumpul, Popeye pun kenyang. Pari dah tersenggok-senggok, lalu pergi ke satu sudut untuk mengaji satu huruf (khooooorrrr....).
Gelama pula ambil keputusan untuk pergi menjala di longkang-longkang berdekatan. Naiklah belanak sikit. Namun, pukul 4.40am, kedinginan pagi dan belalai nyamuk telah menggesa Pari dan Sardin untuk mengSMS Gelama untuk beralih tempat. Maka kami pun simpan barang-barang, dan pergi ke destinasi kami yang kedua. 5am, kami beredar. Rumusannya, cerita hampa melanda...
Cerita gembira
Pada pukul 6am, kami sampai ke destinasi yang kedua. Air baru nak jalan naik. Tempat macam OK - hensem dan menawan. Kami pun lempar... Sekali rod Daiwa (ol skool and trusted friend) milik Gelama macam nak gila kena henjut. Kelam kabut dia ke sana sambil mengelak batu-batu yang banyak. Lepas dalam 3 minit main tarik-tarik, tiba-tiba sangkut!
Aduh mak! Macam nak putus urat kentut. Tak apa. Tak nak lepaskan. Jadi Gelama hulurkan tali dalam 2,3 ela. Tak sampai 30 saat, ikan tu bawa lari lagi. Gaduh lagi! Makin lama makin dekat, sekali naiklah seekor ikan duri yang cukup OK. Kira inilah ikan besar yang pertama sejak ditubuhkan AndikaAnglerz. Tapi, masjid punya berbual, duri di situ tak macam duri di Changi. Duri di Changi, dia tarik, dia henjut, lepas beberapa detik dia lemah, bersedia menghadapi kenyataan akan dimasak asam pedas. Tapi di sini jenis duri yang ikut cerita wayang '300'. Mati-mati tak nak mati. Dia punya lawan punyalah sedap. Sampai depan mata pun dia tak nak mengaku kalah. Bila ditimbang di rumah, beratnya 1.0kg. Yeah!
Lat berapa minit, naik pula adik sedara dia si Kang Blue. Pun fight maut juga! Cuma yang ni dalam 850g. Puas hati anak makcik belah kakak sedara dia. Tapi yang geram, oleh kerana banyak umpan digunakan di Changi, dalam pukul 10am aja umpan dah habis. Tak apa, tempat ni ada potensi. Insya Allah ke sini lagi.
Cerita Sedih
Bila nak balik, tengok kereta dah macam lori pasir ulang-alik Lor Halus. Luar kotor, dalam pun boleh tahan. Thanks eh Sardin. Tapi yang sedihnya, Shimano baru 13 kaki masih belum berjaya menunjukkan belangnya. Tak apa. Fishing is a waiting game, and waiting is something I can do. Tak ada hal. Lain kali cuba lagi. Berikut merupakan beberapa gambar yang terpateri di hati.
Ini bukan di lokasi, tapi gambar kenangan satu trip memancing yang tak
dihebohkan di Jalan Bahtera. Rumusannya - jangan pergi lagi. Hehehe.
dihebohkan di Jalan Bahtera. Rumusannya - jangan pergi lagi. Hehehe.
Ini pula satu trip last minute dengan Siakap - anggota baru. Misi nak cari siakap.
Yang jumpa budak ni. Gelama dapat siakap.
Ni pula ikan yang kami dapat pada ekspidisi di lokasi kedua. Ada orang panggil mentimun. Ada pula panggil ikan lembu. Aku panggil dia ikan skuter - dia selalu dalam keadaan main stand!
Jumlah tangkapan hari tu. Jadilah, buat lauk...
Duri sekilo yang membawa sejuta keceriaan untuk Gelama.
Nampak sangat Sardin ingat dia star - padahal star karat! kua kua kua
1 comment:
Not bad ah korang tangkap...anyway korang makan helicopter aka tripod fish tuh ke?
Jln Bahtera tuh tempat nya ok kalau kena ngan airnya...member aku pernah naik pari 8kg kat aras floating platform tuh..
CP6 & CP7 now anak ikan kurang sikit. Oh ya by the way, lain kali kalau nak pancing, tgk ard 200-300m away from shore. Kalau ada orang pasang jaring sepanjang 100m and up to 300m blocking ikan dari masok ke pantai kat sana...al-jawapannya pindah tempat jek. Camna nak tahu ada jaring ke tak, hujung ke hujung ada somesort of floater floating from one end to another end.
The last spot yg korang pegi tuh memang ada potensi. Ada pokok² sana kan, masa air tgh tenang, pakai udang hidup, hook size 1/0 or Daichi size 18 and floater and try cast around that area. Nasib baik ada siakap kasar tuh.
Post a Comment