Al-kisah... (toiyib)
Tersebut al-kisah... (toiyib)
Tersebut al-kisah 4 ekor ikan
Minat sama, cerita berasingan
Terimalah dalam dendangan
Kisah satu pencarian
"ikan, mana kau ikan"
Siakap pekak badak gedemak
Tempoh hari, siakap dan gelama, berserta keluarga masing-masing telah pergi ke Pulau Kusu untuk mencari bahan membuat lauk pada hari itu. Yang gereknya, tempat itu agak menyeronokkan (cuma kalau datang siang sikit, pasti lebih mengancam, kan siakap?)
Seperti biasa, kami berdua dapatlah spesis ikan (pinang n becok) saiz telapak tangan. Kemudian, pada jam 3.35pm, tiba-tiba joran gelama dihenjut dengan kuatnya. Sebentar kemudian, naiklah seekor becok berukuran 22cm. Lepas tu, si siakap pun tak nak kalah. Dia pun dapat juga.
Tapi yang menggeramkan, ambor yang digunakan siakap telah berjaya mendapat pari kolop. Apabila menggulung ambor, Siakap sedar yang ada sesuatu yang amat berat yang melekat di mata kailnya. Dia pun menarik dengan gembiranya. Semakin dekat di permukaan air, Siakap nampak kilauan yang semakin dekat. Rupa-rupanya Siakap dapat pari kolop. Syabas!
Untuk pengetahuan semua, pari kolop merupakan apa saja benda besar (bukan spesis ikan) yang berjaya dibawa naik. Ia boleh jadi tong sampah, kasut, tin biskut dan sebagainya. Kali ini, Siakap telah berjaya membawa naik sebuah bangku bulat (bukan kerusi) seperti mana yang anda duduk di kedai kopi 'ol skool, siap dengan batu karang di kaki bangku tersebut. Tahniah dan syabas sekali lagi.
Menggeramkan lagi, adalah apabila gambar Siakap yang menjulang pari kolop itu belum diberi kepada Gelama sehingga hari ini.
"Syyy, korang jgn bilang Gelama tau, aku nak simpan gamabr pat Kusu nanti..
nak buat latuk!" bisik Siakap dengan dengkinya.
Pari gempak
10 April, 2.30am
Pari, Gelama dan Sardin entah apa punya gila, bersetuju untuk pergi memancing selama 4 jam. Nampak sangat kemarok. Apa pun, pada pukul 2.30am, tipa-tiba joran Pari dihenjut dengan brutalnya. Dengan gaya ala Kassim Selamat berlari emngelak kereta api, Pari berlari menuju ke jorannya. Pergaduhan yang dahsyat pun berlaku, sehingga seekor kucing telah tidur di situ juga kerana terlalu ngantuk. Pari pun dapat seekor ikan duri sebesar 32cm kepala ke ekor. Gempak la si Pari. Apa taknya, dengan alunan lagu dangdut telefon bimbitnya, Pari yang sebelum ini begitu relaks dalam ekspidisi memancing, akhirnya mendapat habuan yang sememangnya layak diterima. Syabas.
Gelama lonjak
10 April, 3.10am. Tiba-tiba, Shimano Baitrunner Gelama berbunyi. Zzzzzzzzzzzzztttttttttt! Tengok rod pulak, membengkok dengan bingitnya. Rod baru 13 kaki berwarna jingga yang sebelum ini diam membisu, mendapat tarikan pertama yang kuat. Gelama pun apa lagi, gaduh punya gaduh, akhirnya berjaya menaikkan abang kepada ikan duri milik Pari, yang berukuran 2 sudu meja + lebih sikit. Jadilah, buat lauk asam pedas buat ayahanda tercinta...
Sardin hati bengkak
10 April 2008, 3.20am. Rod bari Shimano 4pc dan reel baru Shimano Baitrunner 4050 siap dengan braided line berkley yang baru masih menyepi. Biasalah, benda bau kedai lagi. Relaxlah. Tiba-tiba, rodnya bergerak. Mengenjut tanpa henti. Sardin pun lari ke arah jorannya. Dia cuba nak hayun, rupanya rodnya yang macam siput gila buat headbanging telah crossline dengan Pari. Buat saspens aja. Sekali naik, dapat jugak!! Seekor busat saiz telapak tangan. Jadilah. Namun, nampak dada sardin makin membesar. Rupanya hatinya bengkak. Hahaha! Takpe, Mersing ada... lagi dua hari aja....
tali .... main tarik tali....
No comments:
Post a Comment