Wednesday, January 28, 2009

Naik Bot di Perairan Singapura

Tarikh: 24 Januari 2009
Masa: 7am
Semangat : Badak Afrika

Kami dengan penuh semangatnya berjumpa di Changi untuk membeli alat-alat yang berkenan di mata pada saat-saat terakhir. Apabila semuanya sudah menjadi, kita pun naiklah bot.

Buka mulut aja tentang permainan jackpot, rod si Gelama melentuk dihenjut ikan. Umpan udang hidup.Naiklah Ongah Tanda yang boleh tahan hensemnya...

Lepas tu adalah naik tokak, sembilang, buntal, anak ikan yu...

Sekali, dalam pukul 5pm, tiba-tiba rod Gelama kena sentap. Ni sentap rabak punya. Menurut Gelama, "Sepanjang usia saya mengail, tak pernah saya rasa sentapan sebegini dahsyat". Semua dah bersorak. Semua berlonjak. Selepas bertarung selama 20 minit, ikan (rasanya pari) itu berjaya melarikan diri apabila keli-keli milik Gelama bengkok (Sila Lihat Gambar).. Tak apa. Lain kali ada. Tapi dia punya penat bergaduh selama 20 minit.. Buntal aja yang tahu, sebab dia pun tolong pegang sekejap rod Shimano tu...

Apapun, yang menggembirakan, semua yang hadir hari itu, dapat merasakan sentapan ikan. Maklum aja, ada trip yang berakhir dengan tangan kosong...

Lain kali:
1. Pilih tekong yang berpengalaman.
2. Elakkan middleman - tangan atas tangan - untuk mengurangkan kos dan rasa sakit hati.
3. Keluar rumah siang sikit, biarpun tinggal di Tampines.
4. 21 Februari - Amaciam? Berani?






Joran dah siap...


Semangat dah meluap-luap...


Sekali tu letak aja, rod disentap...



Ikan yu naik pun cungap-cungap...




Sekali besi dibengkok ikan, mana tak fed-up...





Antara ikan yang bakal disantap...





Yang penting, semua makin akrab.

Monday, January 5, 2009

Kemaruk Pond Part 3

Yang ni lain sikit. Yang ni geram pun tidak, apa pun tidak. Yang ni mentel...

Mentel
Yang betul, tu hari dah pergi tengok Farmway 1. Ada pertandingan memancing. Ikan dia besar-besar. Nampak dia baling masuk ke dalam pond. Maka Gelama dan Becok pun telah mencuri kasut-kasut di luar rumah HDB di kawasan Nicoll Highway, lalu menjualnya di Metro Sale di Expo. Dengan duit tu, kami berniat untuk pergi ke Farmway 1. Sekali, touching punya cerita, dia pergi tukar air. Kering kontanglah jadinya...

Maka kami pun berhijrah lokasi dan pergi ke Pasir Ris Pro Fishing Pond. Hensem..... Yang ni tak nak cakap. Suruh tengok gambar dan bayangkan.


NEXT PLAN
24th Januari. Naik bot ke serata kawasan Singapura. 8am ke 7pm. $75 satu kepala (ikan). Pari set. Gelama set. Sardin set. Ada sesiapa berminat?....



Rod STC Gelama yang sekali lagi tidak menghampakan...



Becok yang sedang bertarung ingin menaikkan ikan...




Hasil tangkapan yang sedang lepak...




Macam nak pergi lagi pun ada...

Kemaruk Pond Part 2

Geram
Habis dah dapat lepas... kasar pulak tu.... Mana tak geram? Badang pun geram. Jin yang makan ikan Badang pun silap geram. Maka, Becok dan Gelama pun returnlah ke pond itu dua hari berikutnya. Sekali lagi, joran STC Shimano Gelama melentuk-liuk dihenjut asakan ongah. Gerek dok. Lupa sekejap hari Isnin banyak kerja berlambak di ofis. Akhirnya, Becok dapat 2 siakap, Gelama dapat 2 siakap, 2 ongah dan seekor sagai yang tak berapa sihat. Inilah gambarnya... Jadilah, buat lauk...





Satu lagi mangsa...



"Bila nak henjut ni..." bisik Becok kepada grill tepi pond.





Kelip-kelip mata, nampak tak ikan sagai dalam sinki?


Kemaruk Pond (Part 1)

Kisah suka duka memancing. Tarikh, 1 Jan 2009. Gelama telah mengSMS semua ikan yang ada dalam senarainya. Malangnya, Sardin tak dapat ikut, sebab telah dijadikan inti epok-epok. Maka Pari, Becok dan Sardin pun pergilah ke Pasir Ris Pond (F3) untuk mengail.

Suka

Baru lempar aja, si Gelama dapat siakap yang menggegarkan rod dan reel Shimanonya. Punyalah sedap! Siap melompat. Oklah,... rezeki....


Suka
Becok, lagi lima minit nak balik, dapat ongah. Dia punya henjut... mau terkincit si Becok dikerjakannya. Semua muka ada senyum....


Duka
Becok punya kena henjut dua kali.... dua kali lepas. Gelama punya rod kena melengkong, pun lepas. Tapi paling sad story, rod 1 piece Pari melendut, kira kasar nak kojol, pun lepas... Aduh.... Lepas depan mata pula tu... Yang ni kasar gila. Putus pat line braided... Dapat tahu bila kita return pada hari Sabtu, ikan yang terlepas daripada cengkaman PAri itu telah terlilit di kaki jeti pond, lalu telah membunuh diri. Menurut pemilik pond, beratnya 3.8kg. Mukanya sedih. Jenazahnya telah dibakar semalam lepas Zohor. Ok peace.... Kemaruk semakin memuncak....




Siakap yang lapar...




Rod yang melendut...




Becok dan ongahnya....