Tuesday, April 27, 2010

Memancing Di Kolam

Perhatian, perhatian, perhatian.

Pada 26 Jun akan diadakan sesi memancing di kolam. Sesiapa yang berminat, sila berikan nama serta wang berjumlah $27. Lokasi tak boleh cakap. Apa yang boleh cakap ialah, confirm puas hati anak mak cik jiran lama Ziana Zain.

Tarikh tutup penyertaan, 15 May 2010. Please pay cash to Gelama. Limit 8 orang.

1st come, 1st 2nd 3rd.

1. Gelama
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.







mau berani je....

Monday, April 26, 2010

panggilan sedih

"Hello?"

"Yes?"

"Mr Gelama, wah just now you come for a while only, yet you get that fish ah!"

"Yes. yes! I like, 740g. Not bad. Why you call me? I just reach home."

"Well, actually, my supervisor called. He said he know I let you in. So, i kena warning. That means you cannot come in again.. sorry ah.."

" ....."

"Hello.... hello?"

" .. ..... "

"Hello? I very sorry. I have to go now. Sorry ok?"

Klik.

Tooooottttt......



Sighh...
Sniff, sniff.....






yup, you're right.
SHIT!

the return of apek marah-marah

Hari tu, kami ke West Coast Park. Bukan apa, nak return ke lautan dalam pulau-pulau di selatan Singapura. Kami pun dengan semangat yang membara, pergilah ke destinasi yang ingin dituju. Apabila sampai di destinasinya, semuanya bergembira. Anak kerapu, tokak, becuk, naik dengan gembiranya.

Salah satu highlight pada hari itu dimenangi oleh Pari. Dia sedang duduk di tepi bot apabila jorannya dihenjut dengan kuat. Bukan itu aja, si ikan tu nak bawa lari pula tu! Lepas tu, maka kami dihidangkan dengan aksi tarik-menarik. Maklum saja, kita tarik nak cari lauk, dia tarik nak terus hidup.

Setelah 7 minit 36 saat, maka Pari pun berjaya menaikkan spesis ikan kerapu karang yang sangat hensem lagi anggun.

Si Tanda pun menyibuk pergi campak di tempat sama.

Namun, hari itu milik Becuk kerana dia berjaya mengangkap ikan secara konsisten, biarpun sikap riaknya wajar dibalas dengan panahan petir.

Berikut merupakan gambar-gambar yang mendokumenkan temasya bersama ikan-ikan (orang-orang) yang bergelar kawan.

Enjoyz!




tengoklah nanti, ada rezeki ke tak...





agak-agak hari ni berapa batu ladung aku kena cukai...





yeah! good one!





Becuk yang masih degil nak tarik batu karang seberat 3 tonne





hasil pagi ke petang





tempat ketiga!





(bisik ....syyyy... 2nd)





1st prize winner (LAGI)!!!





bonding...



NOTA

Next time? Carpark F2 East Coast. Macam hensem....

Thursday, April 8, 2010

jadilah

8 April, 2010. 5.35am...


Ring! Ring!

Zzzzzzzz..........

Ring! Ring!

Zzzzzzzzzzz........

Ring! Ring!....

"hair low.. ehem ehem... hello?"

"Hello Mr Gelama? You free? You want to come for a while? .... Because I... Ayapaaa!!!! You come here already?"

Seperti biasa, aku smuggle masuk. Tapi oleh kerana hari ni betul punya last minit, maka hasil tangkapannya biarpun best, tapi tak selumayan dulu. Tapi kasar dok.

Bengkok lagi rod custom tu. Kua kua kua...


Lepas lauk sehari...

Saturday, March 27, 2010

30 minit

"Hello, Mr Gelama? You free now? can come to my place and fish? But for short time only.."

(senyap)

"Hello?"

(senyap)

"Mr Gelama, hello?"

(senyap lagi)

"Mr Gelama. You free now? Because... Ayapa amakk!!! You come here already??!!"


Mana tidaknya. Tempat aku pergi mancing ni bukan calang-calang orang boleh masuk. Apabila si pegawai bekerja dan suasananya kena aja baru aku boleh mancing. Sekejap aja. Matahari naik, aku kena ada bawah blok aku.

Aku sampai aja, aku terus pasang pancing lincah kaduk. Letak umpan. Srooot... aku nampak dia lalu. srooootttt... aku nampak dia lalu lagi. Tiba-tiba, umpan aku hilang, line bergerak. Dia nak bawa lari, aku henjut! Zasss! Yeahhh...

Dahsyat ikan ni. Mungkin pasal pakai rod custom made hadiah hari jadi yang lawannya betul-betul menjadi. Lama-lama, aku menang. Dia tewas. Aku mancing kejap aja. Start 6.50am. Habis 7.20am. Mancing 30 minit. 6 kali kena rentap. 4 kali sangkut ikan.

(3064... hmmmm...)

Apapun, tempat ni maaf cakap dah janji kena pecah diperut, tak boleh pecah di mulut. SEBAB ITULAHHHH... perut aku ni lain aja saiz dia... hehe..


Pari sedang main corner baring menuju ke Thailand, Gelama sedang tengok ikan ni baring dalam cooler box, ikan-ikan lain sedang baring atas katil. Ok le tu...




muka boleh sembunyi belakang ikan!





wooooi, kasut Crocs saiz 13 tu!!






jadilah buat lauk...





mukadimah,
saiz sepinggan... slrrps..





sebelum,
goreng pun sodap...





sesudah,
memang sodap... hehe!

Monday, March 22, 2010

bonding

"Ayah, ayah janji nak ajak pergi fishing?"

Jam dah pukul 4pm. Air surut habis pukul 5.28pm. Nak ke mana?? Alamak... Budak ni pun satulah. Yang betul nak ajak hari Sabtu, tapi hujan maut ketoprak kapra'un, nak mancing apa.

Jadi, dengan niat kononnya nak bonding dengan anak, Gelama pun ajaklah si kementot pergi Pasir Ris Pro Pond. Sampai aja dah pukul 5.40pm. Pukul 7 dah nak kena balik. $50... tak apa. duit boleh usaha. Pengalaman bersama tak ternilai (macam paham)...

Aku pun masukkan ikan susu seekor.

Ting tong ting....

Loceng berbunyi bukan tanda masuk waktu berbuka. Tapi masanya jaring ikan nak dibuka. Aku pun ke tepi, dan lempar cun-cun depan jaring nombor dua. Sekali dia buka jaring nombor dua juga...

Yeah...

Zroooootttt!!! Orang kiri dapat ikan tanda saiz paha.

Zreeetttt.... Orang kanan dapat ikan tanda saiz paha, tapi kecik sikit. Aku dan si kementot tengok sesama sendiri.

"Ayah lempar salah tak?"

Aku tengok line aku, tiba-tiba dia bergerak ke kanan. Lain aja... Aku kasi tegang skit, aku rasa ada tarikan. Aku henjut, zroooottt! Aku punya turn pulak.

Aku tengah nak tarik, aku tengok si kementot. Mata dia tengok aku dengan sejuta harapan. Aku bagi dia rod, suruh dia tarik. Ikan ongah. Taklah besar sangat, tapi ikan ni suka lawan. Dah sampai dekat, dia tarik lagi pergi tengah. Si kementot gulung lagi. Sampai tepi, dia bawa lari lagi. Tali digulung lagi. Aku nampak dia penat. Aku biarkan.

Apabila ikan pula penat, dan si kementot dah tari ke tepi, baru aku angkat letak pat darat. Oklah juga. Hensem.

Dalam kereta time nak balik, aku dengar ayat ni.

"This is the best father and son day, ever."

$50 for just 1hr 20mins? Duit boleh usaha.. Bonding - priceless...


:)




muka nak step mana punya nelayan aja...





yup, i caught it!





imran selalu cakap...
"goreng pun sodap!"

jadilah, buat lauk..

Monday, March 15, 2010

Zoga, silap, fun-fair dan becok

Pada awal Ahad lalu, sekumpulan anggota Andika Anglers telah memancing di kawasan barat. Ya, Barat!!! Ayik ke tmur aja, kali ni, kami ke kawasan barat. Dan, dengan semangat sardin, kami berenam telah menaiki kereta-cum-van-pajak-gantung dan berhimpit-himpit duduk untuk ke sana.

SEBELUM ke sana, biasalah, kami akan ke kedai pancing dulu. Kami nak beli umpan dan batu ladung. Sekali entah macam mana, si Gelama ekor ikan gatal dah terbeli rod Zoga berwarna merah. Langsung tak ada kena mengena dengan niat asal dia ke kedai itu. Tapi Gelama dah selalu sangat buat kerja gini. So, jangan dilayan.

KESILAPAN berlaku apabila kami membeli udang hidup berharga $20. Ingat cukup, sekali rupanya tak cukup!!! Mak datuk... Apatah lagi ada joran mengunakan 2 udang sekali campak. Tak apalah. Belajar. Lain kali:

1) Kami beli udang 2 kilo 100 gram jadi apek tak marah.
2) Setiap pemancing dibenarkan guna 1 mata kail bagi yang ingin menggunakan udang atau sotong.
3) Duit umpan kena kumpul awal-awal jadi senang.


Kami pun menaiki bot Ah Chong di Penjuru Close. Rupanya agak jauh untuk ke destinasinya. Kami telah mengharungi permainan di fun-fair, yang mana ada yang jatuh, ada yang kerusi masuk dalam mee, ada yang terbaring muka pucat macam mayat hidup balik, dan ada juga yang muntah balik dalam tandas sekaligus kasi makan ikan-ikan yang berehat di bawah bot.

Akhirnya, pemenang pertandingan Jackpot kali ini merupakan ikan yang dinaikkan Pari - seekor ikan becok seberat 820 gram.

Pada keseluruhannya, semua gembira dan ingin menaiki bot ke kawasan barat lagi. Lain kali kita pergi, ok geng!

Sekarang? Simpan duit.... Horsburgh memanggil tu...

1. Gelama
2. Sembilang
3. Bini Sembilang (busat? duri? hehe)
4. Pari
5.
6.
7.
8.
9.
10.


Yang tak ada nama ikan, pergi cari nama bagus sekarang...

Cepat, selagi stok masih ada...


Di international water, kami nampak
brother Louie, Louie, Louie...




Sardin dan spesis ikan yang belum bernama...





Lagi dua jenis yang juga belum dikenal pasti namanya...





Ikan yang beraksi lucah ketika
dikaup JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor)





come to papa...





Aksi Zoga (harap serupa tika di Horsburgh)





The one that got away.. dang...





ini semua jiwa...





jadilah buat lauk....





band of brothers?
rubberband ikat sayur adalah.. haha!

Tuesday, March 2, 2010

kemarok ke?

Kemarok ke? Sebab kalau tengok kalender, dah dua minggu berturut-turut pergi mancing. Tempat sama pulak tu! Niat di hati nak kejar duri. Jadi, akibat panggilan deria yang menggelodak, maka kita pun dengan tak seriknya, dengan spray nyamuknya, dengan bekalan sotong, udang dan pumpun, dan dengan tidak membuang masa, pergilah memancing di lokasi yang sama.

Sampai aja di sana, dalam pukul 12am, kita pun memancing. Sibuk betul kawan kita yang seorang tu. Lepas dia, dia lagi. Dahsyat. Naik semua ikan sembilang punya adik ipar punya yek sebalh jiran akak dia - usat/busat. Bagi yang makan, dia makan. Bagi yang tidak, dia bagi kepada mereka yang makan.

Satu benda pasal busat ni, ramai yang tak makan sebab kononnya dia makan tahi. Sama macam ikan kang-blue. Tapi kalau dia betul makan tahi, kenapa kita l;etak umpan sotong/cacing/udang pun dia sebat, sama seperti ikan-ikan lain? Kalau gitu, kenapa usat boleh makan, padahal umpan kita BUKAN tahi?

Rumusannya, mungkin semua ikan makan tahi. Cuma yang orang perasan si usat ni aja. Yang lain mungkin takeaway, makan depan TV sambil tengok bola.

Nak jadikan cerita, kawan kita yang seorang tu berasa suka lagi ceria. Lepas dia, dia. Kira kalau main jackpot, dia konfrerm akan angkat. Jadi, pada pukul 6.45am, si Gelama yang langsung tak dapat apa-apa pada hari tu, nak SMS kepada golongan yang menanti kepulangannya. Maklum aja. Fisherman. Di rumah semua menanti hasil tangkapan yang lumayan bagai nelayan yang naik tongkang Cina baru balik dari Mersing.

Sekali tu joran 13 kaki Shimanonya melendut - disentap ikan. Kemudian baitrunnernya pula berbunyi - zzreeeeeeettt!!

Game on! Gelama pun berlari (yang betul jalan, maklumlah, pagi-pagi buta dan belum tidur) dan bermulalah adegan lawan tarik-menarik. Selepas kurang 5 minit dan dilihat dengan takjubnya oleh orang yang hadir, Gelama berjaya menaikkan seekor ikan duri setelah 3 minggu dia cuba bawa balik tapi tak dapat. Oklah saiznya. Selengan. Jadilah buat lauk.

Kawan yang tadinya hot semalaman, kalau main jackpot, dah tentu kalah. Waktu balik, dengan linangan air mata dan sambil mengikat layang-layang spiderman berharga $6 yang baru dibelinya, dia pun pulang ke rumah dengan tekad untuk menjadi juara pada ekspidisi yang seterusnya.

Apa dia? Minggu depan pergi lagi? Tu dah tahap kemaruk! Tapi..... hmmm, tengoklah macam mana,,... :)





nampak terbit mentari, nampak kapal terbang...
Subhanallah...








ini dia rod gelama yang glamour pada pagi itu...






dengan belum mandi...
nak pergi Bugis pulak tu!








jadilah... buat lauk...

Monday, February 22, 2010

2010

Bukan. Ni bukan cerita adik Nostradamus 2012. Bukan. Ni cerita setahun menghilang mengasah kail melilit tali braided.

Maaf kepada semua kerana hampir setahun tak update. Tak apa. Yang lain tolak tepi, kita mula tahun baru, kita mula lembar baru, kita cerita pasal ekspidisi baru.

Baru-baru ni, geng Andika Anglers adalah juga pergi memancing. Seronok juga. Tapi pergi dua orang aja. Saja, nak cuba memancing di kolam yang dah lama tak hinggap. Nak jadikan cerita, adalah juga dapat ikan yang boleh tahan saiznya. Memandangkan ni entry baru, janganlah panjang lebar dulu. Biar mula ringan-ringan aja.

Ni dia gambar-gambarnya...







taklah kasar sangat..
jadilah buat lauk...





dia pun sibuk juga...





ni nama dia SEMANGAT!