Tuesday, March 2, 2010

kemarok ke?

Kemarok ke? Sebab kalau tengok kalender, dah dua minggu berturut-turut pergi mancing. Tempat sama pulak tu! Niat di hati nak kejar duri. Jadi, akibat panggilan deria yang menggelodak, maka kita pun dengan tak seriknya, dengan spray nyamuknya, dengan bekalan sotong, udang dan pumpun, dan dengan tidak membuang masa, pergilah memancing di lokasi yang sama.

Sampai aja di sana, dalam pukul 12am, kita pun memancing. Sibuk betul kawan kita yang seorang tu. Lepas dia, dia lagi. Dahsyat. Naik semua ikan sembilang punya adik ipar punya yek sebalh jiran akak dia - usat/busat. Bagi yang makan, dia makan. Bagi yang tidak, dia bagi kepada mereka yang makan.

Satu benda pasal busat ni, ramai yang tak makan sebab kononnya dia makan tahi. Sama macam ikan kang-blue. Tapi kalau dia betul makan tahi, kenapa kita l;etak umpan sotong/cacing/udang pun dia sebat, sama seperti ikan-ikan lain? Kalau gitu, kenapa usat boleh makan, padahal umpan kita BUKAN tahi?

Rumusannya, mungkin semua ikan makan tahi. Cuma yang orang perasan si usat ni aja. Yang lain mungkin takeaway, makan depan TV sambil tengok bola.

Nak jadikan cerita, kawan kita yang seorang tu berasa suka lagi ceria. Lepas dia, dia. Kira kalau main jackpot, dia konfrerm akan angkat. Jadi, pada pukul 6.45am, si Gelama yang langsung tak dapat apa-apa pada hari tu, nak SMS kepada golongan yang menanti kepulangannya. Maklum aja. Fisherman. Di rumah semua menanti hasil tangkapan yang lumayan bagai nelayan yang naik tongkang Cina baru balik dari Mersing.

Sekali tu joran 13 kaki Shimanonya melendut - disentap ikan. Kemudian baitrunnernya pula berbunyi - zzreeeeeeettt!!

Game on! Gelama pun berlari (yang betul jalan, maklumlah, pagi-pagi buta dan belum tidur) dan bermulalah adegan lawan tarik-menarik. Selepas kurang 5 minit dan dilihat dengan takjubnya oleh orang yang hadir, Gelama berjaya menaikkan seekor ikan duri setelah 3 minggu dia cuba bawa balik tapi tak dapat. Oklah saiznya. Selengan. Jadilah buat lauk.

Kawan yang tadinya hot semalaman, kalau main jackpot, dah tentu kalah. Waktu balik, dengan linangan air mata dan sambil mengikat layang-layang spiderman berharga $6 yang baru dibelinya, dia pun pulang ke rumah dengan tekad untuk menjadi juara pada ekspidisi yang seterusnya.

Apa dia? Minggu depan pergi lagi? Tu dah tahap kemaruk! Tapi..... hmmm, tengoklah macam mana,,... :)





nampak terbit mentari, nampak kapal terbang...
Subhanallah...








ini dia rod gelama yang glamour pada pagi itu...






dengan belum mandi...
nak pergi Bugis pulak tu!








jadilah... buat lauk...

No comments: