Monday, April 26, 2010

the return of apek marah-marah

Hari tu, kami ke West Coast Park. Bukan apa, nak return ke lautan dalam pulau-pulau di selatan Singapura. Kami pun dengan semangat yang membara, pergilah ke destinasi yang ingin dituju. Apabila sampai di destinasinya, semuanya bergembira. Anak kerapu, tokak, becuk, naik dengan gembiranya.

Salah satu highlight pada hari itu dimenangi oleh Pari. Dia sedang duduk di tepi bot apabila jorannya dihenjut dengan kuat. Bukan itu aja, si ikan tu nak bawa lari pula tu! Lepas tu, maka kami dihidangkan dengan aksi tarik-menarik. Maklum saja, kita tarik nak cari lauk, dia tarik nak terus hidup.

Setelah 7 minit 36 saat, maka Pari pun berjaya menaikkan spesis ikan kerapu karang yang sangat hensem lagi anggun.

Si Tanda pun menyibuk pergi campak di tempat sama.

Namun, hari itu milik Becuk kerana dia berjaya mengangkap ikan secara konsisten, biarpun sikap riaknya wajar dibalas dengan panahan petir.

Berikut merupakan gambar-gambar yang mendokumenkan temasya bersama ikan-ikan (orang-orang) yang bergelar kawan.

Enjoyz!




tengoklah nanti, ada rezeki ke tak...





agak-agak hari ni berapa batu ladung aku kena cukai...





yeah! good one!





Becuk yang masih degil nak tarik batu karang seberat 3 tonne





hasil pagi ke petang





tempat ketiga!





(bisik ....syyyy... 2nd)





1st prize winner (LAGI)!!!





bonding...



NOTA

Next time? Carpark F2 East Coast. Macam hensem....

No comments: